Watch “Forever and ever” on YouTube
Mercun kini dah halal di Malaysia, boleh jual dan main sepuasnya
LCS. Kapal selam. Helicopter.
*Dari FB DS Najib Razak*👇
Ya, projek LCS telah ditangguhkan oleh kerajaan PH pada tahap pembinaan 55.7% sebaik sahaja menang PRU14 dan akhirnya dibekukan pada September 2019.
Kerajaan PH tengok sahaja projek itu ditangguhkan dan kapal pertama tidak diserahkan seperti dijadualkan pada tahun 2019.
Sepatutnya sebagai kerajaan masa itu mereka patut pastikan kapal diserah seperti dijadualkan – bukan tak buat apa-apa dan tak berbunyi masa itu.
Persoalannya ialah kenapa PH membisu pada tahun 2019 itu? Langsung tak ada berita.
Projek hanya disambung semula pada bulan Mei 2022 oleh kerajaan hari ini apabila kontrak ditandatangan untuk sambung projek ditanda tangan selepas pandemik Covid pada tahun 2020 dan 2021.
Lalu dijadikan isu propaganda sebelum PRU15 dengan pelbagai tohmahan kenapa kapal belum siap.
Kamu yang tangguh, kamu yang bekukan dan kamu juga yang tanya kenapa kapal-kapal belum siap?
Jijiknya permainan mereka tetapi ianya memberi kesan kepada kepentingan dan kesediaan TLDM dan keselamatan negara.
Jadi, untuk kali ke-empat, saya nak tanya pengerusi PAC dan PH.
Projek sudah berada pada tahap kemajuan 44% iaitu fasa penamaan dan pelancaran ke air pada Ogos 2017.
Kapal boleh dilihat dan boleh disentuh masa itu.
Jadi, apakah kenaikan kemajuan projek dari:
a) Permulaan pembinaan pada akhir tahun 2014 hingga Mei 2018 (sebelum PRU14)
b) dari Mei 2018 hingga Sept 2019 (ketika projek dihentikan oleh kerajaan PH),
Saya dah tanya soalan simple ini 4 kali dah.
Kenapa tak jawab sehingga kini?
Perlu ingat juga bahawa kapal pertama hanya dijadualkan untuk diserah kepada TLDM pada tahun 2019 – iaitu selepas kerajaan tukar tangan selepas PRU14 -bukan sebelumnya.
Perlu ingat juga bahawa syarikat Boustead ini milik LTAT. Segala keuntungan juga mengalir ke LTAT (bukan kroni sesiapa tetapi kroni TLDM) dengan dividen-dividen dan bonus tinggi cecah 12% sepanjang tempoh saya PM sebelum jatuh ke 2% pada tahun 2018 dan 2019 bawah kerajaan PH.
Dulu PH tuduh kapal selam kita tak boleh selam.
Lalu selepas PH jadi kerajaan, Mat Sabu jawab dalam Dewan Rakyat bahawa kapal selam kita memang boleh selam.
Dulu PH kata kenapa 6 buah helikopter dibeli tidak sampai dan wangnya sudah lesap.
Lalu kesemua 6 buah helikopter diterima dalam keadaan baik.
“Malaysia terima enam helikopter buatan AS”
https://www.sinarharian.com.my/article/193140/video/berita-semasa/malaysia-terima-enam-helikopter-buatan-as
Kini mereka tak ada isu bagi PRU15 dan berada dalam keadaan lemah. Sebab itu mereka nak jadikan kelewatan projek LCS ini sebagai isu besar baharu.
Itulah permainan PH.
https://www.facebook.com/100044428416531/posts/pfbid0KJqtAQZy53NQH8JA3AY9E3KXxsxDvvs6QwfDU7WNppEQcAURNZQcu8AXLjPBSyPUl/








