Jika Rajin Membaca Al Quran.
Kalau kita istiqamah membaca Al-Quran…Allah akan perbaiki perkara-pterkara berikut :-
1. Lidah kita dilembutkan mengikut kehendak makhraj.
2. Lidah kita akan bertutur yang baik-baik saja.
3. Kita rasa tenang.
4. Bacaan kita akan bertambah baik sedikit demi sedikit.
5. Akhlak kita akan berubah kepada yang lebih baik dan mulia
6. Hati dilembutkan dan sentiasa bertimbang rasa.
7. Bacaan kalau salah secara automatik kita sedar dan dapat dibetulkan dengan bantuan malaikat yang bersama kita semasa membaca.
8. Kita akan cari peluang dan masa membaca Al-Quran walaupun dalam keadaan sibuk.
9. Kita lebih ambil berat kasih sayang kepada keluarga.
10. Kita suka kepada silaturrahim
11. Kita gemar bersedekah
12. Kita sentiasa akan merendah diri dan mengaku kelemahan diri.
13. Kita akan merasa Al-Quran ada kuasa magnet yang kuat menarik kita untuk membaca.
Pasti sahabat akan merasa akan perkara- perkara di atas..istiqamahlah membaca Al-Qur’an.
Wallahua’lam
